Assalamualaikum...
Pada entri kedua kali ini
saya ingin menceritakan aktiviti yang baru sahaja berlansung di UUM iaitu
"Pesta Buku Utara Discover UUM 2016". Pesta ini telah bermula pada 20
Mac 2016 sehingga 26 Mac 2016 bertempat di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah,
Universiti Utara Malaysia (UUM). Di pesta ini terdapat sebanyak 76 gerai yang
dibuka, 46 gerai merupakan gerai buku dan 30 gerai ICT Fair. Gerai-gerai ini
dibuka bagi menarik pengunjung samaada dari luar ataupun dalam. Orang luar juga
boleh mengunjungi pesta yang dianjurkan di UUM ini kerana ia tidak terhad
kepada warga UUM sahaja.
Perasmian pesta buku ini
telah berlansung pada 21 Mac 2016, dan telah dirasmikan oleh Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Haji Tajul Urus Haji Mat
Zain. Beliau berkata “Tujuan pesta buku ini dianjurkan adalah untuk menyuburkan
minat membaca dalam kalangan masyarakat”, tambahan beliau, “budaya membaca
perlu dipupuk di peringkat kanak-kanak lagi agar mereka dibentuk menjadi modal insan
yang berilmu kerana mereka merupakan pewaris Negara”. “Justeru itu, industri
buku Negara perlu mengiatkan usaha dalam penghasilan dan pengeluaran buku yang
berkualiti agar dapat dipasarkan di dalam dan luar Negara serta memberi manfaat
kepada masyarakat dalam meningkatkan ilmu pengetahuan,” ujar beliau dalam
ucapan Perasmian Pesta Buku Utara Discover UUM 2016.
Akhir kata, pesta buku
ini sangat bermanfaat, bukan sahaja untuk pelajar malah untuk semua golongan
masyarakat bagi memupuk minat membaca di dalam diri kita. Oleh itu marilah kita
beramai-ramai ke pesta buku yang telah dianjurkan di UUM ini. Pelbagai jenis
buku boleh didapati dengan harga yang murah dan para pelajar juga boleh
menggunakan baucer buku yang telah diberi bagi membeli buku yang dijual disini. Disini saya sertakan beberapa gambar yang telah diambil disekitar pesta buku ini.....
![]() |
Bersama Puan Nor Hafidah... |
![]() |
Yang Berhormat Dato' Haji Tajul Urus Haji Mat Zain. |
![]() |
Majlis Perasmian |
![]() |
Jualan Pebagai Jenis Buku |
No comments:
Post a Comment